Isnin, 26 Julai 2010

















Mengambil sesuatu tindakan dalam satu keputusan merupakan agak sukar dalam kehidupan. Kita semua ingin berubah tetapi persoalannya bila?! Kita selalu membayangkan sesuatu yang indah seperti menjadi kaya, memiliki rumah mewah, memiliki keluarga bahagia dan memiliki kedudukan yang dihormati oleh masyarakat. Tetapi tahukah kita, semua yang ingin kita miliki bermula dengan satu kesungguhan melalui tindakan.

Bertindak akan menentukan perubahan yang akan kita alami dan apa yang akan kita miliki. Untuk memulakan satu tindakan, ianya amat berat sekali. Ramai di antara kita yang selalu menanti masa dan ketika yang betul-betul tepat untuk bertindak. Namun hakikat sebenarnya, tiada satu pun masa dan ketika yang betul-betul tepat untuk memulakan satu tindakan itu.

Dalam entri ini, aku tujukan khas kepada mereka yang selalu teragak-agak dalam mengambil tindakan. Mereka yang selalu blank dan blur dengan kehidpuan mereka. Kata-kata motivasi di bawah mungkin boleh membantu kita semua dalam mengubah kehidupan kita dan mula bertindak dalam kehidupan ini.

0 Comments:

Post a Comment



KATA-KATA PUJANGGA

"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan." "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan." "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud." "Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."